EN / BM

EN / BM

Polisi Hak Asasi Manusia LION

1.Objektif dan Matlamat

Kumpulan LION melaksanakan pelbagai langkah, berdasarkan Hala Tuju kami “Menjana perubahan dalam kehidupan seharian dengan mewujudkan amalan yang lebih baik : ReDesign”.

Piagam Kumpulan Lion bagi Tingkah Laku Korporat memperuntukkan untuk “hormat kepada hak-hak asasi manusia”, “mematuhi kedua-dua semangat serta intipati kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan antarabangsa yang terpakai”, manakala Garis Panduan Tingkah Laku kami juga memperuntukkan tiada toleransi bagi buruh kanak-kanak dan buruh paksa, peluang pekerjaan yang sama rata, layanan yang adil kepada semua pekerja dan memastikan hak-hak asasi manusia juga dihormati oleh para pembekal.

Kumpulan LION menyokong dan menghormati norma hak asasi manusia antarabangsa, termasuklah International Bill of Human Rights yang merangkumi Universal Declaration of Human Rights, International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights dan International Covenant on Civil and Political Rights, yang menetapkan asas kepada hak-hak asasi semua manusia di dunia, The Ten Principles of the United Nations Global Compact, ILO Declaration on Fundamental Principles and Rights at Work dan Children’s Rights and Business Principles.

Kami dengan ini menetapkan Polisi Hak Asasi Manusia LION (seterusnya dikenali sebagai “Polisi”), berpandukan United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights dan digubah dalam suatu bentuk berkanun. Ini adalah usaha kami dalam melaksanakan langkah-langkah yang sepatutnya kerana menghormati hak asasi manusia merupakan suatu keperluan untuk kehidupan seharian, mencari kebahagiaan serta memperbaiki kualiti kehidupan.

Polisi ini terpakai kepada semua pegawai dan pekerja Kumpulan LION. Kami juga meminta semua rakan kongsi perniagaan serta pembekal Kumpulan LION untuk turut menyokong dan menghormati Polisi ini.

2.Menghormati Hak Asasi Manusia

(1)Untuk memenuhi tanggungjawab dalam menghormati Hak Asasi Manusia, Kumpulan Lion berusaha untuk mengelakkan pencabulan hak-hak asasi manusia serta mengelak dari menyumbang secara tidak langsung terhadap pencabulan hak-hak asasi manusia melalui pihak berkepentingan, yang mungkin terjadi melalui aktiviti-aktiviti korporat. Hak-hak ini ini termasuklah larangan pemerdagangan manusia, buruh paksa, buruh kanak-kanak, larangan sebarang bentuk diskriminasi, kebebasan berpersatuan, hak-hak perundingan kolektif dan jaminan gaji yang sama untuk kerja yang sama.

(2)Kumpulan LION tidak akan mencetuskan atau menimbulkan sebarang kesan buruk ke atas hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti korporatnya. Sekiranya kesan buruk ke atas hak-hak asasi manusia tersebut berlaku, kami akan segera mengambil tindakan yang sesuai.

(3)Walaupun dalam keadaan di mana secara tidak langsung menimbulkan kesan buruk terhadap hak asasi manusia, Kumpulan Lion akan terus menentang serta berusaha untuk mengurangkan sebarang kesan buruk terhadap hak asasi manusia melalui aktiviti urusniaga yang relevan.

(4)Kumpulan LION akan mematuhi mana-mana undang-undang yang terpakai di negara atau wilayah yang berkaitan di mana kami menjalankan aktiviti korporat. Sekiranya terdapat percanggahan di antara prinsip hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan undang-undang negara atau wilayah yang berkaitan, kami akan mencari cara untuk menghormati prinsip hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

3.Sistem Pengurusan bagi Menghormati Hak Asasi Manusia (Human Rights Due Diligence)

(1)Kumpulan LION akan memantau secara berterusan dan menilai sebarang kesan buruk atau apa-apa yang menimbulkan kesan buruk ke atas hak-hak asasi manusia yang dicetuskan atau berkait secara langsung dengan aktiviti-aktiviti korporat kami.

(2)Kumpulan LION akan mengenal pasti dan menilai kesan buruk terhadap hak-hak asasi manusia yang mungkin dicetuskan atau didorong oleh aktiviti perniagaan Kumpulan LION dan semua pembekal serta rakan kongsi perniagaan.

(3)Kumpulan LION akan mengenal pasti dan menilai kesan buruk terhadap hak-hak asasi manusia yang mungkin dicetuskan atau didorong oleh perniagaan dan transaksi baharu.

(4)Kumpulan LION akan mengumpulkan maklumat berhubung dengan risiko kemungkinan timbulnya sebarang kesan buruk ke atas hak-hak asasi manusia bukan sahaja daripada Kumpulan LION tetapi juga daripada pihak berkaitan seperti pembekal dan rakan kongsi perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Kumpulan LION, seterusnya menggalakkan mereka untuk turut berusaha mencegah risiko-risiko tersebut daripada terjadi.

(5)Kumpulan LION akan berusaha untuk menyediakan peranti-peranti yang efektif seperti talian pemberian maklumat (Hotline) yang boleh dihubungi dari dalam dan luar syarikat, termasuk orang ramai, bertujuan untuk mengenalpasti dan menangani sebarang kesan buruk ke atas hak asasi manusia dengan sewajarnya.

(6)Kumpulan LION tidak akan bersubahat dengan mana-mana tindakan pihak ketiga yang mencetuskan kesan buruk terhadap hak-hak asasi manusia, khususnya, mengancam atau menindas penyokong hak asasi manusia.

4.Dialog dan Perbincangan

Sekiranya terjadi atau terdapat ancaman sebarang kesan buruk ke atas hak-hak asasi manusia, Kumpulan LION akan mencari peluang untuk berdialog dan berbincang secara jujur dengan semua pihak berkepentingan yang berkenaan.

5.Pendidikan

Kumpulan LION akan memberikan kesedaran dan pendidikan kepada semua pekerja secara berterusan agar semua pekerja mempunyai pengetahuan yang tepat tentang menghormati hak asasi manusia.

6.Langkah-Langkah Pencegahan

Kumpulan LION telah mewujudkan sistem pemberi maklumat (AL (All Lion) Heart Hotline) untuk mengesan dengan segera dan seawal mungkin apa-apa perlanggaran etika korporat, termasuklah hak asasi manusia dan seterusnya memberikan respon yang sewajarnya. Sistem ini telah direkabentuk untuk memastikan pemberi maklumat dilindungi, termasuklah memastikan tiada layanan yang tidak adil dan serangan terhadap pemberi maklumat. Sistem AL (All Lion) Heart Hotline terbuka kepada semua pekerja serta pihak berkepentingan seperti pembekal dan rakan kongsi perniagaan.
Apabila terdapat kesan buruk terhadap hak asasi manusia yang dicetuskan oleh Kumpulan Lion, kami akan mengambil tindakan pembaikan yang sepatutnya dengan segera

7.Pendedahan Maklumat

Kumpulan LION akan, dari semasa ke semasa, berkongsi maklumat mengenai status usaha kami dalam menghormati hak asasi manusia dan yang berkaitan di laman sesawang rasmi dan lain-lain medium yang sesuai.

Diterbitkan pada 1hb Januari 2019
Dipinda pada 1hb Januari 2023

Masazumi Kikukawa
Wakil Pengarah, Presiden dan Pegawai Eksekutif
LION Corporation