EN / BM

POLISI PRIVASI LAMAN SESAWANG SOUTHERN LION

POLISI PRIVASI UNTUK LAMAN SESAWANG SOUTHERN LION

  1. Southern Lion Sdn Bhd dan rakan kongsi yang berkaitan memastikan privasi dan kerahsiaan pengguna untuk segala informasi yang dikongsikan dengan atau di laman sesawang. Sila baca dengan teliti polisi privasi kami untuk memahami dengan lebih jelas bagaimana kami mengumpul, menggunakan, melindungi atau menguruskan informasi peribadi anda menurut cara pengendalian laman sesawang kami.
  1. “Data Peribadi” merujuk kepada informasi pengecaman peribadi yang diberikan secara sukarela oleh pihak pengguna yang merangkumi nama, alamat, nombor telefon, nama paparan, alamat e-mel, umur, jantina, status keluarga, serta maklumat-maklumat lain seperti amalan atau pilihan membeli-belah serta maklumat gaya hidup seperti hobi dan kegemaran. Maklumat peribadi tidak akan dikumpul semasa anda melayari laman sesawang kami kecuali anda memberikannya secara sukarela.
  1. Kami akan menjelaskan tujuan penggunaan data peribadi serta informasi yang diperlukan di laman sesawang , dan persetujuan anda akan diperolehi sebelum maklumat tersebut digunakan. Informasi dan maklumat yang diberikan kepada kami akan digunakan hanya untuk tujuan tersebut.
  1. Maklumat peribadi anda diperlukan untuk tujuan berikut :

4.1 Menjawab pertanyaan

Kami mungkin memerlukan informasi anda agar dapat memahami pertanyaan dengan lebih baik serta dapat menjawab dengan lebih tepat.

4.2 Memperbaiki perkhidmatan kami

Kami mungkin perlu menggunakan informasi anda melalui undian atau maklumat statistik agar dapat memperbaiki perkhidmatan laman sesawang kami.

4.3 Menyertai promosi

Data peribadi mungkin diperlukan semasa menghantar borang penyertaan untuk sesuatu promosi sebagai proses/tujuan pentadbiran selaras dengan terma yang telah ditetapkan. Penerbitan identiti pemenang secara ringkas mungkin diperlukan menurut terma yang ditetapkan dan pemenang mungkin perlu menyertai aktiviti publisiti di masa hadapan. Agensi pihak ketiga yang mempunyai akses kepada data yang diberikan boleh menjalankan promosi bagi pihak Southern Lion dan rakan kongsi yang berkaitan.

4.4 E-Pemasaran

Anda mungkin akan menerima informasi dan/atau tawaran mengenai produk kami yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Anda boleh berhenti melanggan (unsubscribe) daripada komunikasi/e-mel  seumpama ini pada bila-bila masa sahaja.

  1. Pemprosesan Data
    Perkhidmatan pihak ketiga mungkin digunakan untuk memproses atau menganalisa data yang dikumpul dari lama sesawang kami,termasuklah data peribadi anda. Pihak ketiga mempunyai kewajiban secara kontrak dan tanggungjawab untuk tidak menggunakan data peribadi anda selain daripada cara yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
  1. Sekuriti
    Langkah-langkah keselamatan akan diambil untuk memastikan data peribadi anda selamat, dan kami juga memastikan pemproses data pihak ketiga mengambil Langkah yang sama. Semua maklumat peribadi tertakluk kepada akses terhad untuk mencegah akses tanpa kebenaran, modifikasi atau penyalahgunaan. Sila ambil maklum bahawa maklumat peribadi anda mungkin diserahkan jika perlu dari segi undang-undang, waran geledah, subpoena atau perintah mahkamah.
  1. Perlindungan Data

7.1 Kategori Maklumat Peribadi yang dikumpul. Terdapat tiga kategori untuk maklumat yang kami kumpul.

• Maklumat peribadi :

Informasi yang diberikan oleh pengguna tentang diri sendiri

• Maklumat bukan peribadi :

Maklumat/informasi yang bukan mengenai diri sendiri tetapi lebih kepada maklumat lain seperti alamat IP, penggunaan laman sesawang, versi pelayar, laman yang kerap dilawat, durasi dan masa lawatan, serta lokasi geografi.

• Maklumat kewangan peribadi :

Maklumat peribadi yang diberikan oleh pengguna yang merangkumi maklumat kad kredit yang diminta semasa pembelian produk di laman sesawang.

7.2 Maklumat Peribadi yang tidak termasuk dalam Polisi Privasi ini

Polisi Privasi ini tidak termasuk informasi yang diberikan melalui “chat”, forum dan hantaran, dan Southern Lion Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas apa-apa akibat yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, Southern Lion Sdn Bhd ingin menggalakkan suasana internet yang baik dan selamat untuk semua pengguna laman sesawang kami dan kami ingin mengingatkan pengguna agar mengelakkan daripada berkongsi maklumat peribadi.

7.3 Cara kami mengumpul maklumat peribadi

Maklumat peribadi hanya akan dikumpul bila pengguna setuju memberikan maklumat tersebut secara sukarela di laman sesawang.

7.4 Cara kami mengumpul maklumat bukan peribadi

Maklumat bukan peribadi dikumpul melalui perisian/alat penjejak seperti “cookies” yang beroperasi semasa anda melayari laman sesawang.

7.5 Pindaan terhadap Polisi Privasi

Southern Lion Sdn Bhd berhak mengubah atau membuat pindaan terhadap Polisi Privasi ini bila perlu. Bahagian lain di dalam laman sesawang ini tidak boleh diubah tanpa persetujuan bertulis dari Southern Lion Sdn Bhd. Oleh itu, sebarang pindaan kepada Dasar Privasi akan dimaklumkan kepada pelawat dan pengguna lama sesawang di halaman ini.